Sep
16
Posted by izza

Kepada Kawan-kawan semua, dikesempatan ini.. iza mengambil peluang untuk mengucapkan
Selamat Hari Raya..
&
Maaf Zahir dan Batin..
Kepada semua kawan-kawan.. iza memohon jutaan kemaafan di atas segala kesalahan iza sepanjang perkenalan/persahabatan kita..
dan iza jugak mintak maaf sebab x ucapkan selamat menyambut Ramadhan pun.. disebabkan permulaan Ramadhan tu, keadaan tidak mengizinkan untuk membuka blog dan mencoretkan sesuatu di sini.. kepada kawan2 yang duk di KT, atau akan ke KT.. silalah singgah ke teratak kecil iza.. semoga ukhuwah yang telah terjalin akan berpanjangan sampai bila2.. aminnn…
Nanti kalau beraya tu.. pandai2la jaga diri, sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dalam membantu menghadkan penyebaran virus influenza A H1N1 daripada terus menular.. semoga kita semua terlindung daripada terkena virus ini.. amiinnnn..
Aug
18
Posted by izza

Apakah Selesema Babi?
Selesema babi adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.
Adakah Virus Ini Berjangkit?
CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.
Apakah Tanda-tanda dan Simptom Demam Babi Terhadap Manusia?
Simptom selesema babi ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.
Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.
Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?
Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.
Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?
Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.
Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?
Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:
* Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.
* Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.
* Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.
* Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.
Jika anda sakit anda perlu:-
* Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;
* Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit.
Aug
15
Posted by izza

- Allayarham Ustaz Asri
Marilah kite sama-sama menyedekahkan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham Ustaz Asri iaitu penyanyi Kumpulan Rabbani yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Khamis, 11 Ogos 2009. Semoga roh beliau dicucuri rahmat. Amiinnn..
Pergi Tak Kembali
Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada…lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang…ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
Setiap yang hidup akan mati.. cume kite tak pernah tahu bila, mengapa dan dimana kite akan dimatikan.. mungkin beberapa saat lagi, beberapa minit lagi, beberapa jam lagi.. ataupun beberapa hari, bulan atau tahun lagi.. tak seorang pun yang tahu bile Allah akan memanggil kita kembali.. oleh itu, marilah kite same2 muhasabah diri, bersediakah kite untuk mengadap Allah apabila dipanggil kelak oleh pencipta kite.. Bersediakah kite dengan soalan-soalan yang bakal ditanya oleh malaikat Mungkar dan Nakir? Selama Allah beri kiter peluang untuk hidup di dunia ini, cukupkah ibadat kite? Lunas tak lagi hutang2 kite? Bagi wanita yang dianugerahkan kelebihan bercuti semasa bulan Ramadhan, sudahkah anda menggantikan puasa-puasa anda? Bagi yang bernazar, sudahkah anda lunaskan janji2 anda pada Allah? Bagi yang suke berhutang.. sudahkah anda bayar semua hutang2 anda, ataupun masih lagi bertangguh2? Bagi yang sentiasa yang melengah2kan taubat, bilekah anda ingin bertaubat dengan taubat nasuha? Mati x pernah kenal usia.. So marilah kite same2 bersedia ke arah alam abadi.. semoga Allah melindungi kite .. Ameeennn..
Aug
04
Posted by izza

You made my world a beautiful place to live in…
Never knew how it happened n when…
You just come into my life and made it yours!
The only place in the whole wide world…
Where I would like to be is… Beside You!
You are in my thoughts,
You are in my dreams…
And you are the reason for every smile I smile.
I love this feeling of love
and I love you for all
that you are and all that you do…
I LOVE YOU!
I need YOU, n i cant live without YOU… I LOVE YOU.
Jul
31
Posted by izza
NI gambar nangka yang tokki tanam kat belakang rumah.. Nangka gergasi.. besar dari orang.. huhuhuhu.. tapi terlupe nak ukur lilit
sedih betul.. teruja untuk makan.. nak rasa macamana rasanya.. tapi tawar sangat2..



Ni la rupenye nangka gergasi tu.. lebih besar dari badan manusia..
Jul
31
Posted by izza
Ni la keadaan meja izza time sibuk dan busy checking cheking.. hampir tiap2 hari keadaan mcm ni.. cume kdg2 jerk x mcm ni.. huhuhuhu.. kalu akhir bulan tu memang lagi terukla.. ade org x puas hati kan sebab letak gambar time meja kemas.. ni nak tunjuk keadaan meja yang tak kemas lak.. adil.. hehe..

- Ni la keadaan meja izza yang agak tak kemas..

- ni la borang2.. dan data2 yang perlu dikemaskinikan dalam bentuk yang lebih baik dalam laporan kewangan Julai 2009.. kihkihkih

- Benda yang paling penting sekali adalah kalkulator dan cermin.. hehehe..

- Kalkulator kesayangan..

- Kalu tension2 tengok duit tenang kejap.. wakikiki.. nampak sangat mata duitan..

- Kalu korang bijak.. cube teka berapa jumlah duit ni.. kalu betul dapat hadiah.. hehehe..
ok dah selesai dah.. hehehe.. boleh la tengok meja time kemas dan time “berbolok”. Kalu time “berbolok” tu jangan la ade sesape yang tolong kemaskan.. ade jer kene halau keluar dari bilik.. kih kih kih.. korang nampak tak atas meja tu ade mic.. hehe..kalu tension kami karaoke.. kih kih kih.. salah satu cara tuk kami release tension..
Jul
27
Posted by izza
Dah lama aku duk keje kat opis ni.. baru terfikir nak ambik gambar tempat ni.. tempat ni banyak melatih aku untuk bersabar.. dan sentiasa senyum dengan penuh sopan dan manis.. senyum walaupun beban penuh di dada.. senyum walaupun keje menimbun.. senyum walaupun lapar.. senyum sokmo.. cume kadang2 jerk aku failed untuk tersenyum.. Kalu aku tension yg terlampau2 dan x mampu tuk tersenyum.. so aku ambik inisiatif berhemah.. ambik MC kih kih kih..

- meja aku yang kadang2 je kelihatan kemas..

- Ni la barang2 aku kat atas meje tu.. x termasuk fail2 la.. perkakas ni la teman sejati aku..

- ni ape ek.. cermin aku.. cermin ni dah pecah..tp aku syg
huhuhuhu.. nampak tak saltep kat tepi sebelah atas tu.. hehehe kreatif kan?

- ni adik junior aku..si chomel.. posing dengan muke penat.. kesian kat ko izza.. penat ek.. sabau2.. kekgi kite karaoke
hehehe..
Ni la meja aku, tempat yang aku habiskan masa aku selama 3 tahun di sini.. meja ni x sempat nak kelihatan kemas macam ni.. banyak sangat dokumen dan barang2 kat atas meja ni.. sentiasa berkecamuk.. sebagaimana bersepahnye meja aku.. begitu jugak betapa kalutnye aku.. kalu aku kalut, semua org aku x layan.. aku layan org yang berkaitan dengan keja aku jerk..
tapi kalu aku kalut tu.. org lain pun masing2 sedang kalut.. mujur la aku bekerja dengan kawan2 yang saling memahami time kalut dan time x kalut.. lepas kalut kiter enjoy.. happy nye keje aku.. tq ek kawan2 semua kerana korang berjaya membantu aku menyepahkan tempat kite ni.. penatla nak kemas.. korang bukan nak tolong.. huhuhu.. aku kemas korang sepahkan..aku kemas korang sepahkan.. tu tak sedih lagi.. yang sedihnye.. time aku sepahkan..aku jugak yang kemaskan.. huhuhu x adil.. kih kih kih..
Gambar yang last tu ade org kecik kat situ tu merupekan adik junior aku kat sini.. aku suke dera die wak keje2 aku.. nama die cam aku jugak.. izza.. aku pakse die duk posing comel2 kat situ.. saje nak kenekan die.. sebab die comel ekpom.. kih kih kih.. ade 2 org lagi junior aku.. tapi x sempat ambik gambar diorg.. diorg pun comel2 macam budak ni jugak.. cume bezenye 2 org tu spesis berbeza dari kami.. tapi semua baik2.. sekepala.. jenis ikut arahan..
tq ek adik adik semua.. korang memang bijak dan bagus2.. serta berani.. akak suke
sayang korang semua..
K la.. dah penat aku tulis ni.. dah le ni 1st time aku belajar tuk menulis kisah kehidupan seorang “aku”..
Jul
22
Posted by izza
Semalam, 21 Julai 2007.. time aku jaga Kaunter Informasi tuk Pusat Sains, aku terpinga-pinga dapat duit RM50 yg lain dari yang lain.. dua tiga kali aku belek.. nyaris-nyaris aku nak bagi balik kat cikgu tu sebab aku ingat tu bukan duit Malaysia.. hehehe mungkin duit indon kot.. kihkihkih.. tapi mujurla aku ni jenis yg “cool planet”.. sempat aku susun duit tu duk kat depan dan menyorok ke kawan aku tunjuk duit tu duit Malaysia atau x.. Aku ingat cikgu tu tersalah bagi duit.. hehe..bile dah sohih baru aku bagi resit pembayaran tuk tengok filem astronomi ngn join PSK.. Mujur aku tak terus bagi balik duit tu kat cikgu tu… kih kih kih… kepada yg belum pernah terime or tengok duit kertas RM50.00 terbaru.. ni la rupenye duit kertas RM50.00 tu… nanti xde la yg pulangkan balik duit camtu kalu ade org bagi…

Ni Muka Depan Duit RM 50.00

Ni Muka Belakang Duit RM 50.
Jul
20
Posted by izza
Dah lama aku tak menjengah blog aku ni..
huhuhuhuhuhu.. pemalas betul..bukan xde masa tp cam biasa x reti menulis.. xpe, kali ni aku try tulis sesuatu..
Hari Jumaat baru2 ni.. mak sepupu aku kat Dungun sakit.. agak tenatla jugak.. tapi aku x pergi.. mak aku jerk yang gi dengan pakcik2 dan makcik2 aku.. so aku dan sorg adik aku duk rumah.. sekalila ngn ayah dan abang serta kakak ipar aku.. aku berlima la yg duk rumah..
Bila mak aku xde ni, aku pun mulalah menggelabah.. duk fikir nak masak ape.. nak masak ape.. sebab aku ni bukan rajin masak.. so memang x retila nak masak.. mujur aku x check resepi kat tenet.. kalu x memang harula.. kantoi..wakiki..
Bende yg paling ringkas yg aku boleh masak dan yg aku tahu dan barang2 tu ade dlm peti ais rumah aku.. Ape yg ade dlm peti ais adalah ikan dan kacang panjang jerk.. huhuhuhu.. bantai je la.. so aku nak buat masak lemak kacang panjang.. ni barang2 yang aku campak2 dalam tu.. x tahula betul ke salah..main bedal jerk.. asal leh kenyang dah..

Bahan-bahan :
Kacang panjang (dipotong pendek2)
Lada Besar(dipotong memanjang ala-ala serong)
Bawang besar (lagi banyak lagi bagus)
Ikan yg dah masak (dibuang tulang dan ditumbuk) aku bedal ikan goreng yg semalam punye..kih3x
Santan (aku suh adik aku cari woh nyior kat pokok belakang rumah)
Cara-cara :
Perah nyior dulu tuk diambil santan, jangn cair sangat.. kalu pekat lagi sedap.. santan dimasukkan dalam periuk.. aku masukkan ikan.. kemudian aku letak atas dapur sampai menggelegak.. kacau sampai die gelegak tuk elakkan pecah minyak.. kemudian masukkan kacang, bawang, lada… dan biarkan di atas api sampai semua empuk.. jangan dilupe letak garam sekali secukup rasa.. Bile dah empuk bawang dan kacang so bolehla diangkat dan dimakan bersama dengan nasik..
kalu nak sedap lagi kene sediakan belacan.. aku pun watla belacan
Belacan dengan resepi tersendiri..

aku masukkan buoh “menyer”, jus asam jawa, belacan, lada hidup, lada jarum, dalam mesin pengisar.. bila dah lumat semua..belacan aku pun menjadi la.. masam2 manis.. bestnyer..

kemudian goreng ikan.. ikan goreng cam biasala.. tumbuk bawang, garam, lada, kunyit, lumur kat ikan kemudian goreng.. tapi goreng ni aku serahkan kat adik aku..sebab aku fobia minyak.. kihkihkih..
p/s: menyer tu sejenis buah cam pauh tp saiznye besor ibu jari jerk..
aku x ambik gmbr sebab kamera adik wak gi penang..kihkihkih..
bolehla makan aku sekeluarga dengan lauk aku yg nth hape2 ni.. :D.. best gak walaupun 1st time mencube..wakiki..
Jun
15
Posted by izza

- Gambar Hiasan
Keibuan
Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.
Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki.
Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,memilih waktu yang tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.
Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya.Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak.Siapa yang tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3?
Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenakalelaki dgn baik dan berfikiran terbuka
Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati
Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dgn indah dan mempesona.
p/s : ni izza dapat dari forwarded email… sedang berusaha tuk menjadi wanita yang memiliki ciri-ciri ini.. InsyaAllah..